Wednesday, November 3, 2010

Untuk Dijual...$10.00 Siri 5

~SOLD~
~SOLD~


CONDITION : VF
HARGA : RM23.00



JIKA BERMINAT SILA SMS 012-445 9305
CAS POS PENGHANTARAN

RM3.00 POS EKSPRESS/REGISTER POS
RM6.00 POS LAJU/SKYNET

~SOLD~

~SOLD~

Monday, September 27, 2010

BANKNOTE FOR SALE

SOLD~SOLD~SOLD

$1.00 Siri 3 & 4
Condition vF ( very fine )
2 pcs - RM30.00



$1.00 Siri 3 & 4
Condition vF ( very fine )
2 pcs - RM30.00

SOLD~SOLD~SOLD

Wednesday, September 22, 2010

MALAYA JAPANESE OCCUPATION (1942-1945)

5 DOLLARS
THE JAPANESE GOVERNMENT
MALAYA JAPANESE OCCUPATION (1942-1945)


SIZE : 149mm x 71mm


Note without serial numbers

Thursday, September 16, 2010

RM5 First Prefix CA

Berikut merupakan 3 helai RM5.00 polimer yang mempunyai prefix CA.. Tahukah anda? Prefix CA merupakan no siri / keluaran yang pertama bagi edisi polimer ini..

Tuesday, August 24, 2010

1 SEN (ERROR)

Berikut merupakan gambar sekeping 1 sen yang bertahun 2004... keistimewaannya ialah terdapat lebihan besi pada cetakan tahun 2004... walaupun nampak remeh atau sedikit lain dari yang lain... coin ini dianggap error dan special...

ini kerana?

-cetakan 1 sen telah pun diberhentikan pengeluarannya...
-coin ini sudah berusia 6 tahun..
-lebihan besi ini sukar ditemui
-untuk mencari sekeping 1 sen yang error amat tipis..
-usaha memerlukan kesabaran dan ketelitian...







jika berminat, coin ini sedia aku LEGO dengan harga RM30.00 termasuk pos ekspress.. kepada sapa yang berminat, hanya mereka yang arif n mencintai dunia hobi ini sahaja yang mengetahui 'value' yang terdapat pada coin ini.... selamat bersahurrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....

Friday, August 20, 2010

RM1.00 Prefix ZW

sebenarnya arini aku keja catering tapi keja kat rumah tok aku, jadi tukang masak lah.... lalala.. letih nk mmpus.... pastu arini, aku teramat jeles kat makcik aku sebab beliau dapat note RM50 Jubli emas prefix ZA... low number pulak tuh... geramnya, awatlah nasib aku x cmtuh, pastu.... sebab nk tebus nasib.. aku selongkar duit-duit/sampul orang kasi time kenduri, alhamdulillah dapat lah sekeping............


nombor pun lawa...

ZW 15-3-4-3-15

dan masuk nih... aku dh ada 3 keping dh, x susah beli cuma kena belek2 duit sikit jer..hhehehe..


2 keping ...... ZW..hehe..

1 SEN with EXTRA METAL


mintage ???

special sebab ??? EXTRA METAL

hooohooo..
syukur ke hadrat Ilahi..
mataku belom rabun lagi...
masih tajam lagi penglihatan...

boleh melihat dunia yang fana nih...
dalam membelek syiling,
aku jumpa sekeping,..

1SEN
2005


yang punyai lebihan besi...
cam taik hidung je..

ushar...isk..
kikis sikit...
nampaknya usaha x berjaya..
sah EXTRA METAL..
hehe..

Coin EXTRA DOT


EXTRA DOT merujuk kepada syiling yang mempunyai dot.. atau punat? nip? isk.. cam biji halus lah... kat permukaan syiling berkenaan... ia dianggap RARE! woo...

Setelah berkecimpung serius , alhamdulillah aku berjaya menyimpan 4 keping 50SEN yang ada extra dot..

50sen 1988
(3 keping)

rhupe 50 SEN 1988

jeng-jeng-jeng.... jgn jeles yeee!!!

----------- dan ------------

50sen 1979
(1 keping)

rhupe 50 SEN 1979

tuuu dia Extra Dot nyerr...hehe..


diakui susah sungguh untuk mencari extra dot nih, dapat pun sebab rajin belek2 syiling.. hehe.. tuah syiling dari kantin sekolah.... woo.. orang pratikum, aku lak sibuk ke kantin.. tukar duit hari2... pastu ke bank bank in duit...

bila casher bank tanya, aku kata... saya nih berniaga..haha... cian lak tgk casher tuh kira2 coins yang aku bawak... x pe.. mesin ada.. akak buh je semua dalam mesin tuhhhhhh...

kalo nak baca lagi kisah EXTRA DOT lagi.. leh layari..

http://duacongkak.wordpress.com/2010/07/06/extra-dot/

or

http://my-koleksi.blogspot.com/2008/06/syiling-50-sen-extra-dot.html

http://my-koleksi.blogspot.com/2008/07/syiling-50-sen-1979-extra-dot.html

http://my-koleksi.blogspot.com/2008/12/syiling-5-sen-tahun-1985-extra-dot.html

RM10 Prefix Ganjil

setiap orang ada hobi, dan bila tnya hobi apa, hobi aku suka kumpul duit.. cari duit, simpan duit.. sapa x suka duit..? tol x? sehinggakan penah ada kajian, kalo seseorang tuh demam, lalu diberi bau-bauan wang... ( bau duit ), ada kebarangkalian akan pulih dari demam.. or kalo orang yang stress pun sama.. kasi je secekak duit untuk dia bau.. kompom senyum.. hehe..

raya dh dekat, xsabar nak tgu raya nih.. sebelum aku guna note2 yang aku rasa wajar digunakan, kat sini aku nk kongsi gambar 4 keping note RM10.00 yang miliki prefix ganjil.. 0 tuh diabaikan.. 1,3,5,7 dan 9...

jeng-jeng-jeng,....

ME9770507
MP0305397
MX1503373
MY 9101117

prefixnya memiliki nombor ganjil... hehe..

Tuesday, August 17, 2010

50 Cents in ERROR

sekeping 50 sen 1997... yang lain dari yang lain... dapat dari... ehem2.. rahsia.. hehe.. ushar gambar cukup...










sekian...terima kasih....

Monday, August 16, 2010

Siapakah Thomas De La Rue?



Thomas de la Rue ? Anda kenal? Mungkin namanya sebati dalam dunia numismatik kerana jasanya dalam pencetakan wang kertas dan dokumen yang memerlukan security tambahan seperti lesen dan juga kad pengenalan.

Beliau, Thomas de la Rue ini dilahirkan di Guernsey pada 24 Mac 1793 dan telah meninggal dunia pada 7 Jun 1866. Mencipta nama dengan menubuhkan sebuah syarikat penting di rantaunya yang diberi nama De La Rue Place (plc) - (nama syarikat skrg) sebuah syarikat ulung dan telah menjadi gergasi pada masa kini. Khidmat syarikat kormersial pencetakan keselamatan terbesar di dunia dan merupakan pengeluar utama wang kertas di seluruh dunia pada masa ini.

Sejarah Memula...dulu-dulu...Kronologiii...

Mengorak langkah pertama dengan melancarkan surat khabar bersama membernya Tom Greenslade- Le Publiciste (nama surat khabaq) , Thomas de la Rue telah berjaya membuat penerbitan sendiri akhbar iaitu Le Miroire Politique (cam Harakah gitulah). Berjaya di dalam arena politik dan berjaya mendapat kepercyaan pelbagai pihak, Thomas de la Rue.... telah menubuhkan syarikat kormesial yang diberi nama De La Rue (plc) dan menjadi warisan kepada pewaris dan pemegang syarikat dalam pencetakan yang terulung.

Sejarah Syarikat De La Rue
(panjang aku nk taip, meh shortform je lah)

-diasaskan oleh Thomas de la Rue selepas berpindah ke London..pada 1821..

-bermula dengan cetakan setem je.. pada tahun 1855, syarikat berkembang dengan diberi kepercyaan untuk mencetak...mencetak..wang kertas pada tahun 1860..

-dari sebuah syarikat keluarga bertukar menjadi syarikat swasta..(dh maju)

-nama syarikat masuk ke London Stock Exchange pada tahun 1947..cm bursa saham lah..

-nama diubah dari Thomas De La Rue & Company,Limited
kepada The de La Rue Company Limited..(1958)

-nama syarikat berubah lagi kepada De La Rue plc
(1991 hingga lah skrg)

- mendapat kepercyaan diberi kontrak mencetak
wang kertas Bank of England..

-merupakan syarikat mencetak wang dengan siri keselamatan yang tinggi dan berkualiti..untuk 150 mata wang nasional dunia..(150 ++ negara) + (termasuk Malaysia)

-selain pencetakan wang kertas, syarikat juga diberi kepercyaan mencetak pasport, setem hasil, setem, cek , segala jenis lesen, dan juga setem untuk pejabat pos...

-sekarang, syarikat telah berpusat di Basingstoke, Hampshire dan telah menempah nama di Bursa Saham London...dan ia juga merupakan kawasan yang pilihanraya yang luas, beso.. cm Bandar Proton kat Tanjung Malim tu...@ Kawasaki, Jepun..

~*~*~*~*~*~*~*~**~**~*~*~*~*~*~*~

Dalam mengendalikan cetakan bertaraf dunia, syarikat telah menghasilkan perlbagai mesin untuk kegunaan bank termasuklah mesin kira wang kertas, mesin ATM, dan dll..bla,bla..

Syarikat juga mencetak hologram, jalur magnetik, dan juga cip.. untuk kegunaan kad kredit, wang kertas dan dokumen kerajaan.. Syarikat terlibat secara langsung dengan Bank Negara dari seluruh negara di dunia dalam hal ehwal pencetakan..dan secara langsung dengan Bank Dunia...

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Kesimpulannya...citer nih panjang...sejarah berjela-jela.. erti kata mudah, Thomas De La Rue (1793-1866) nih adalah pengasas kepada syarikat / company sedia ada neh..yang cetak cetak wang neh... Sumbangan besar beliau adalah kepada penubuhan syarikat pencetakan,..yang meneraju adalah manager company,...sepanjang zaman hinggalah ke hari ini...


Sumber rujukan :
http://en.wikipedia.org/wiki/De_La_Rue
http://en.wikipedia.org/wiki/Thomas_de_la_Rue

$100.00 7th Series 1995-1998

$100.00 7th Series 1995-1998
Governor Tan Sri Dato' Ahmad Bin Mohd Don

prefik AK 9037331

printer Thomas De La Rue
only prefix :
AG 1xxxxxx - AM



Note RM1 in ERROR

Kisahnya... Rm1.00 nih aku dapat time lepak2 kat koperasi sekolah.. ushar punya ushar cari prefix yang best2 tapi terpandang lak comot ink nih.. eh.. duit error nih kata ati aku.. hahaa.. apa lagi, tukarlah jawabnya... lallalallaa..

dalam bulatan tuh...

closeUP...

walaupun note nih dh pangkat vF.. dan teruk dan hampir ke Fine.. tp kira orait lah, ada gak koleksi untuk yg error ink neh..hehe..

20sen & 10sen in ERROR


First kita kena tahu, jumlah syiling Malaysia x penah nk genap.. nombor berangkai... Ke-2 lak, syiling Malaysia xde gantian... (betoi x?)

bila aku borak2 balik ngan member2 yang sekepala ngan aku, diorang cakap syiling error tak special mana pung... aku hairan, yeke... isk.. agak2 special ke x ek... adakah syiling cmnih mudah dijumpai dalam urusan seharian.. seluk poket leh dapat cmnih?

erm.. aku leh akui mudah jugak nk dapat coin cmnih, cuma kena rajin berusaha... TUKAR syiling Rm50 ke Rm300... HAA..belek lah puas-puas....

20 SEN
tak jelas tahun + tulisan BNM



10 SEN
yang mengkhurutu..
cam zink... lain dari yang lain..

Apapun, aku simpan... dah nama pun hobi... satu penghormatan kepada masa lapang yang membawa kepada kepuasan.... piweetttt...

RM10 Pair of 3 in 1 Uncut Banknote

RM10 Pair of 3 in 1 Uncut Banknote

WANG KERTAS BERCANTUM
UNCUT BANKNOTE

RM10 X 3 dalam satu...


jeng-jeng-jeng.. baru ada 2 koleksi uncut.. esok2 tambah lagi..









sekian.........